Kerjaya kelab Ron-Robert_Zieler

Kerjaya awal

Zieler telah dilahirkan di Cologne, Jerman. Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya bersama kelab SCB Viktoria Köln sebelum sertai 1. FC Köln pada tahun 2001. Pada Julai 2005, beliau berpindah ke England untuk berlatih bersama kelab Manchester United.

Manchester United

Pada musim pertamanya bersama Manchester United, Zieler bermain sebanyak 22 kali untuk pasukan bawah-18 termasuk empat penampilan di Piala FA Remaja. Pada musim seterusnya, beliau berkongsi tugas dengan penjaga gol bawah-18 yang lain, Ben Amos tetapi beliau membuat debut pada 15 Mac 2007 ketika tewas 3-0 kepada Sheffield United. Disebabkan keputusan permulaan yang teruk, beliau mengekalkan rekod tanpa gol ketika menang 2-0 ke atas Oldham Athletic pada perlawanan Piala Senior Manchester.

Pada musim 2007-07, beliau menjadi ahli penuh pasukan junior dan beliau berkongsi dengan Tom Heaton untuk menjalankan tugas menjaga gawang pasukan. Pada musim tersebut, beliau hanya bermain 11 perlawanan. Pada Mei 2008, Zieler mendapat pingat kejuaraan pada Piala Senior Manchester selepas menjaga gawang gol Manchester dengan baik dan menang ke atas Bolton Wanderers. Beliau kemudian bermain pada perlawanan akhir Piala Senior Lancashire pada penghujung Julai 2008 selepas dibolosi dua gol oleh Liverpool dan menang 3-2.

Pada permulaan musim 2008-09, Zieler telah ke skuad esnior dan diberi jersi 38 buat pertama kali. Beliau mula mendapat sedikit sentuhan pada 23 September 2008 ketika Manchester United menang 3-1 ke atas Middlesbrough pada perlawanan liga.

Northampton Town

Pada 28 November 2008, Zieler dipinjam ke Northampton Town sehingga 31 Disember. Pinjaman ini dilanjutkan sehingga 31 Januari 2009 dan dilanjutkna sekali lagi pada 2 Februari sehingga 25 Februari. Zieler membuat debut untuk Northampon Town pada 21 Februari 2009 dan bermain sepenuh perlawanan ketika tewas 2-0 kepada Walsall. Beliua kemudian bermai tiga hari kemudian ketika seri 1-1 bertemu Brighton & Hove Albion sebelum kembali ke Manchester United pada 26 Februari selepas tempoh pinjamannya mencecah 93 hari.

Kembali ke United

Selepas kembali ke Manchester United, Zieler menjalankan tugasnya untuk skuad reserve dan hanya dibolos satu gol dalam empat perlawanan. Walau bagaimanapun, pada perlawanan menentang Newcastle United Reserves pada 30 Mac 2009, beliau mengalami keretakan siku selepas berlanggar dengan penyerang lawan di udara. Beliau kembali semula pada perlawanan pramusim 2009-10 tetapi kehilangan posisinya.

Hannover

Pada 22 April 2010, Zieler menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Jerman, Hannover 96. Kontrak bermula pada 1 Julai 2010 dan dilanjutkan setahun lagi. Beliau diberi jersi nombor 20. Aksi konsistennya untuk Hannover 96 II meletakkan beliau membuat debut Bundesliga pada 16 Januari 2011 menentang Eintracht Frankfurt dan beliau menjaga gawang gol Hannover denga baik, pasukannya menang 3-0. Sejak beliau debut, beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol sehingga penghabisan musim dan meletakkan Florian Fromlowitz di bangku simpanan.

Pada 24 Jun 2011, Zieler melanjutkan kontarknya sehingga Jun 2015. Beliau kemudian menyarung jersi nombor 1 selepas Fromlowitz berpindah ke MSV Duisburg.